Monday, July 25, 2011

Kutipan Moreh Dan Jamuan Aidilfitri Blok 6F 2011

Assalamulaikum

Mesyuarat AJK Persatuan Blok 6F telah memutuskan untuk mengadakan kutipan "moreh" dan jamuan Aidilfitri peringkat Blok 6F pada 27/7/2011 dan 28/7/2011. Bagi tujuan itu juga, mesyuarat telah bersetuju untuk mengutip RM30 bagi setiap unit kediaman di Blok 6F di mana, sejumlah RM10 akan digunakan untuk perbelanjaan moreh dan RM20 pula ialah untuk perbelanjaan jamuan Aidilfitri 2011.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat juga telah bersetuju untuk menjalankan kutipan dari pintu ke pintu pada tarikh tersebut dan kutipan akan bermula jam 9:00 malam.

Jadi, pihak AJK Persatuan sangat berharap agar semua penduduk dapat memberikan kerjasama supaya segala rancangan dan aktiviti yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Saya juga berharap agar semua AJK dapat bersama-sama turun padang dan turut serta menjalankan kutipan moreh tersebut. Dengan cara ini juga, kita akan dapat mengenali para penduduk di blok kediaman kita dengan lebih dekat lagi.

Sekali lagi diingatkan:

Kutipan Moreh & Jamuan Aidilfitri 2011
Tarikh: 27-28 Julai 2011
Jumlah: RM30 bagi setiap unit kediaman
Masa: 9:00 malam



Terima kasih



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.

Majlis Kenduri Doa Selamat Dan Menyambut Puasa


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah Taala kerana pada 23/7/2011 yang lepas kami penduduk Blok 6F telah selamat mengadakan kenduri doa selamat dan menyambut puasa.

Apa yang paling saya gembira sekali ialah tentang persiapan untuk mengadakan majlis tersebut. Sejak malam sebelum berlangsungnya kenduri tersebut, AJK persatuan dan penduduk Blok 6F telah memulakan persiapan...ada yang telah pergi ke pasar borong untuk membeli keperluan barang basah dan ada juga yang membaiki lampu di lobi blok.

Pada waktu tengahari pula..kaum wanita telah bergotong royong menyediakan bahan untuk masakan sambil tak lupa juga menyediakan hidangan yang memang sedap untuk makan tengahari. Kaum lelaki pula turut sama sibuknya, sambil berbual bertanya khabar, masih sempat menyediakan hidangan ikan keli bakar.

Kami juga menyediakan satu menu istimewa iaitu serawa durian...sungguh sedap dimakan dengan roti....tak ketinggalan juga goreng cempedak...air juga silih berganti dari air sadri, teh tarik dan kopi..semuanya ada disediakan..

Menjelang malam, semua persiapan untuk jamuan telah disiapkan dan untuk pengetahuan semua, atas usaha beberapa penduduk blok spt Abg Sabri-Otai, Abg Nuar-Pomen dan Firdaus-exblok 6F...dewan serbaguna kami kini sudah dipasang dengan karpet...jadi, pada malam itu, kami bersama-sama membaca Yassin dan bertahlil di atas karpet yang baru dipasang...

Sesudah habisnya bacaan Yassin dan tahlil, kami bersama-sama menikmati hidangan kenduri yang telah disiapkan secara bergotong royong.

Sememangnya, aktiviti bergotong royong ini memang dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama kita...beginilah caranya untuk kita sama-sama berkenalan dengan yang muda mahupun yang sudah senior.

Saya sangat berharap semoga aktiviti ini dapat diteruskan dan marilah kita bersama-sama menanamkan sikap bersatu hati dan hindarkan perkara-perkara yang boleh memecah belahkan keharmonian di blok kediaman kita.

Sila klik pautan di bawah untuk melihat gambar-gambar semasa gotong royong tersebut. Anda perlu login ke akaun facebook terlebih dahulu.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.152000374876317.38699.100001990672041&type=1

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.