Monday, July 25, 2011

Kutipan Moreh Dan Jamuan Aidilfitri Blok 6F 2011

Assalamulaikum

Mesyuarat AJK Persatuan Blok 6F telah memutuskan untuk mengadakan kutipan "moreh" dan jamuan Aidilfitri peringkat Blok 6F pada 27/7/2011 dan 28/7/2011. Bagi tujuan itu juga, mesyuarat telah bersetuju untuk mengutip RM30 bagi setiap unit kediaman di Blok 6F di mana, sejumlah RM10 akan digunakan untuk perbelanjaan moreh dan RM20 pula ialah untuk perbelanjaan jamuan Aidilfitri 2011.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat juga telah bersetuju untuk menjalankan kutipan dari pintu ke pintu pada tarikh tersebut dan kutipan akan bermula jam 9:00 malam.

Jadi, pihak AJK Persatuan sangat berharap agar semua penduduk dapat memberikan kerjasama supaya segala rancangan dan aktiviti yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Saya juga berharap agar semua AJK dapat bersama-sama turun padang dan turut serta menjalankan kutipan moreh tersebut. Dengan cara ini juga, kita akan dapat mengenali para penduduk di blok kediaman kita dengan lebih dekat lagi.

Sekali lagi diingatkan:

Kutipan Moreh & Jamuan Aidilfitri 2011
Tarikh: 27-28 Julai 2011
Jumlah: RM30 bagi setiap unit kediaman
Masa: 9:00 malam



Terima kasih



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.

No comments:

Post a Comment