Showing posts with label blok 6F. Show all posts
Showing posts with label blok 6F. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Kutipan Moreh Dan Jamuan Aidilfitri Blok 6F 2011

Assalamulaikum

Mesyuarat AJK Persatuan Blok 6F telah memutuskan untuk mengadakan kutipan "moreh" dan jamuan Aidilfitri peringkat Blok 6F pada 27/7/2011 dan 28/7/2011. Bagi tujuan itu juga, mesyuarat telah bersetuju untuk mengutip RM30 bagi setiap unit kediaman di Blok 6F di mana, sejumlah RM10 akan digunakan untuk perbelanjaan moreh dan RM20 pula ialah untuk perbelanjaan jamuan Aidilfitri 2011.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat juga telah bersetuju untuk menjalankan kutipan dari pintu ke pintu pada tarikh tersebut dan kutipan akan bermula jam 9:00 malam.

Jadi, pihak AJK Persatuan sangat berharap agar semua penduduk dapat memberikan kerjasama supaya segala rancangan dan aktiviti yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Saya juga berharap agar semua AJK dapat bersama-sama turun padang dan turut serta menjalankan kutipan moreh tersebut. Dengan cara ini juga, kita akan dapat mengenali para penduduk di blok kediaman kita dengan lebih dekat lagi.

Sekali lagi diingatkan:

Kutipan Moreh & Jamuan Aidilfitri 2011
Tarikh: 27-28 Julai 2011
Jumlah: RM30 bagi setiap unit kediaman
Masa: 9:00 malam



Terima kasih



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.

Majlis Kenduri Doa Selamat Dan Menyambut Puasa


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah Taala kerana pada 23/7/2011 yang lepas kami penduduk Blok 6F telah selamat mengadakan kenduri doa selamat dan menyambut puasa.

Apa yang paling saya gembira sekali ialah tentang persiapan untuk mengadakan majlis tersebut. Sejak malam sebelum berlangsungnya kenduri tersebut, AJK persatuan dan penduduk Blok 6F telah memulakan persiapan...ada yang telah pergi ke pasar borong untuk membeli keperluan barang basah dan ada juga yang membaiki lampu di lobi blok.

Pada waktu tengahari pula..kaum wanita telah bergotong royong menyediakan bahan untuk masakan sambil tak lupa juga menyediakan hidangan yang memang sedap untuk makan tengahari. Kaum lelaki pula turut sama sibuknya, sambil berbual bertanya khabar, masih sempat menyediakan hidangan ikan keli bakar.

Kami juga menyediakan satu menu istimewa iaitu serawa durian...sungguh sedap dimakan dengan roti....tak ketinggalan juga goreng cempedak...air juga silih berganti dari air sadri, teh tarik dan kopi..semuanya ada disediakan..

Menjelang malam, semua persiapan untuk jamuan telah disiapkan dan untuk pengetahuan semua, atas usaha beberapa penduduk blok spt Abg Sabri-Otai, Abg Nuar-Pomen dan Firdaus-exblok 6F...dewan serbaguna kami kini sudah dipasang dengan karpet...jadi, pada malam itu, kami bersama-sama membaca Yassin dan bertahlil di atas karpet yang baru dipasang...

Sesudah habisnya bacaan Yassin dan tahlil, kami bersama-sama menikmati hidangan kenduri yang telah disiapkan secara bergotong royong.

Sememangnya, aktiviti bergotong royong ini memang dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama kita...beginilah caranya untuk kita sama-sama berkenalan dengan yang muda mahupun yang sudah senior.

Saya sangat berharap semoga aktiviti ini dapat diteruskan dan marilah kita bersama-sama menanamkan sikap bersatu hati dan hindarkan perkara-perkara yang boleh memecah belahkan keharmonian di blok kediaman kita.

Sila klik pautan di bawah untuk melihat gambar-gambar semasa gotong royong tersebut. Anda perlu login ke akaun facebook terlebih dahulu.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.152000374876317.38699.100001990672041&type=1

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.

Tuesday, March 29, 2011

Mesyuarat bersama AJK Blok 6F

Assalamualaikum,

Persatuan Penduduk Blok 6F akan mengadakam satu mesyuarat bersama AJK dalam masa terdekat..Kepada semua AJK, sila ambil perhatian dan bersedia dengan usul atau cadangan anda.

Kepada semua warga Blok 6F, anda semua boleh menyalurkan pendapat dan mengemukakan cadangan anda melalui Facebook Blok 6F atau boleh menghantarkan email terus ke blok6f@yahoo.com

Tarikh mesyuarat akan dimaklum dalam sedikit masa lagi.

Terima kasih.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan Penduduk
Blok 6F, Presint 9,
Putrajaya. Malaysia.

Tuesday, March 8, 2011

AMARAN: BPH sedang mencari pemilik motorsikal "tersadai".

Assalamualaikum,

Merujuk kepada tajuk post di atas, ingin saya maklumkan kepada semua penduduk Blok 6F bahawa pihak BPH sentiasa menjalankan pemantauan atau naziran di setiap kuarters kerajaan di Putrajaya.

Sehubungan dengan itu, saya telah menerima email dari pihak BPH yang mana mereka dalam proses mengesan pemilik 2 buah motorsikal yang mereka kategorikan sebagai tidak diselanggarakan dengan baik(tersadai).

Motorsikal-motorsikal tersebut didapati berada dalam kawasan parkir di Blok 6F:
a) JBW 2672 . RXZ warna merah . diletak di kawasan parkir motorsikal di hadapan Blok 6F
b) BFC 4218. Scooter merah. diletak di kawasan parkir motorsikal di hadapan Blok 6F

Email dari Pihak BPH:

Jadi, saya meminta agar pemilik motorsikal tersebut dapat berbuat sesuatu bagi mengelakkan pihak BPH menjalankan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang mereka ada.

Diminta jasa baik kawan-kawan yang membaca post ini agar dapat menghebahkan perkara ini kepada pemilik motorsikal tersebut dan memberikan peringatan kepada penduduk Blok 6F yang lain.

Terima kasih.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan
Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.

Thursday, March 3, 2011

Majlis kenduri dan tahlil - Haji Nazri

Assalamualaikum,

Semoga anda yang berkunjung ke blog nie semua dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Di sini, saya ingin menyampaikan hajat Tn.Haji Nazri Mohamad atau lebih mesra di kalangan kita dgn nama panggilan Abg. Nazri...Oklah, Hj Nazri nie nak buat kenduri doa selamat dan tahlil di blok kita pada Sabtu nie..dengar ceritanya lepas buat kenduri nie dia dan anak2nya akan pergi mengerjakan umrah..Jadi, kepada semua penduduk Blok 6F, marilah kita beramai-ramai turun ke majlis kenduri nie dan jika betul Abg. Nazri nak buat Umrah..marilah kita doakan keselamatan dan kesejahteraan keluarganya.

Oklah, kat bawah nie ada detail mengenai majlis kenduri tersebut. Sila-silakanlah melihatnya.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi
Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.

Monday, February 14, 2011

Kita bersaudara

Assalamualaikum,

Semoga semua penduduk blok 6F dan pembaca blog ini sihat hendaknya dan terima kasih kerana anda sudi berada di sini.

Pada kali ini, saya ingin menyentuh mengenai satu isu iaitu mengenai perpaduan dan sikap saling hormat menghormati di blok kita. Saya dapati, kebelakangan ini keadaan di blok kita tidak seperti dahulu....kemesraan dan semangat kerjasama semakin berkurangan. Ini ditambah lagi dengan beberapa isu kecil yang tidak sepatutnya diperbesarkan. Saya melihat keadaan ini sebagai tidak sihat dan boleh menghalang kepada banyak projek dan program yang cuba dianjurkan oleh pihak persatuan penduduk.

Saya nasihatkan agar, mereka yang mempunyai masalah atau mungkin ada berlaku sedikit perselisihan faham..agar cepat-cepat berbaik semula...kita tak mahu perkara ini berlanjutan dan akan menjadikan keadaan semakin sukar untuk ditangani. Jika perlu, anda boleh berjumpa dengan para AJK persatuan penduduk atau saya sendiri untuk cuba mencari jalan penyelesaian. Bagi saya, tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan.

Kehidupan di blok kita nie sebenarnya ibarat satu keluarga yang besar. Mungkin, ketika anda susah atau sakit, jiran-jiran di sini yang akan menjadi orang pertama yang menghulurkan bantuan berbanding saudara mara yang mungkin berada jauh dari anda.

Jadi, saya harap penduduk di blok kita dapat bersatu hati, tidak kira yang muda atau yang "senior". Marilah kita kembalikan zaman kegemilangan blok kita yang terkenal dengan semangat gotong royong dan mesra di kalangan penduduk Putrajaya.

p/s: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau aduan mengenai apa jua masalah di blok(kediaman)kita samada melibatkan BPH(Badan Pengurusan Hartanah), PPJ(Perbadanan Putrajaya) atau Warna Generasi(Kontraktor). Sila reply "post" ini atau anda boleh emailkan cadangan dan aduan tersebut ke alamat email ini ~> blok6f@yahoo.com
Nama dan identiti pengirim email akan dirahsiakan



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi
Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.

Sunday, February 6, 2011

Krisis air di Blok 6F





Ketika saya menulis post ini, sudah lebih 5 jam Blok 6F "putus" air dan perkara ini berlaku pada hari Ahad ketika boleh dikatakan semua isi rumah sedang berada di rumah. Perkara ini telah berlaku seingat saya 2 kali dalam jangkamasa 3 bulan. Saya sudah melaporkan kepada pengurus Warna Generasi En.Shahbudin yang menguruskan prasarana di blok kami. Menurut beliau masalah ini hanya akan dapat diatasi selepas 2 jam dari sekarang.

Sungguhpun begitu, keadaan dah menjadi sedikit kelam kabut di mana ada penduduk yang cuba mencari alternatif air di kawasan "ground floor" dengan cara mengambil air dan mengangkutnya mengunakan lif.Ini menyebabkan kawasan di hadapan lif dan di dalam lif telah digenangi air. Perkara ini boleh membahayakan keselamatan awam dan mungkin juga akan berlaku "shot circuit" di dalam lif.

Di harap keadaan ini dapat dipulihkan segera dan tidak akan berulang lagi di masa depan. Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Warna Generasi dan BPH (Badan Pengurusan Hartanah) perlu mengambil perhatian terhadap isu seperti ini.

Terkini: Jam 6:16pm tadi, En.Shahbudin ada menelefon saya untuk bertanyakan mengenai krisis air di Blok kita dan pada masa itu saya dapati krisis ini telah diselesaikan. Kepada mana-mana penduduk yang masih menghadapi masalah air lagi. Sila berhubung dengan saya segera di talian 012-7744400 (Yuzz).