Showing posts with label BPH. Show all posts
Showing posts with label BPH. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

AMARAN: BPH sedang mencari pemilik motorsikal "tersadai".

Assalamualaikum,

Merujuk kepada tajuk post di atas, ingin saya maklumkan kepada semua penduduk Blok 6F bahawa pihak BPH sentiasa menjalankan pemantauan atau naziran di setiap kuarters kerajaan di Putrajaya.

Sehubungan dengan itu, saya telah menerima email dari pihak BPH yang mana mereka dalam proses mengesan pemilik 2 buah motorsikal yang mereka kategorikan sebagai tidak diselanggarakan dengan baik(tersadai).

Motorsikal-motorsikal tersebut didapati berada dalam kawasan parkir di Blok 6F:
a) JBW 2672 . RXZ warna merah . diletak di kawasan parkir motorsikal di hadapan Blok 6F
b) BFC 4218. Scooter merah. diletak di kawasan parkir motorsikal di hadapan Blok 6F

Email dari Pihak BPH:

Jadi, saya meminta agar pemilik motorsikal tersebut dapat berbuat sesuatu bagi mengelakkan pihak BPH menjalankan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang mereka ada.

Diminta jasa baik kawan-kawan yang membaca post ini agar dapat menghebahkan perkara ini kepada pemilik motorsikal tersebut dan memberikan peringatan kepada penduduk Blok 6F yang lain.

Terima kasih.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan
Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.

Friday, March 4, 2011

Objek tidak menyenangkan di laman Blok 6F


Assalamualaikum,

Saya ingin menarik perhatian pihak berkuasa dan kontraktor Warna Generasi agar dapat mengalihkan "objek" atau bahan buangan yang kelihatan seperti daun pintu yang secara tidak normalnya diletakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan kediaman kami. "objek" daun pintu dan satu longgok karung yang kelihatan seperti guni itu benar-benar merosakkan pemandangan. Ia kelihatan jelas tersandar di pokok dan kawasan itu terletak dekat benar dengan jalan utama yang mengelilingi fasa 5&6 dan kawasan letak motorsikal.

Keadaan itu disedari oleh penduduk bila mana kami menghadiri satu majlis kenduri doa selamat yang diadakan di dewan Blok 6F, ketika sedang menikmati hidangan makanan di kawasan lobby blok, maka kami telah melihat objek yang kelihatan seperti daun pintu itu. Saya dimaklumkan oleh penduduk dan saya sendiri ada mengambil gambar sebagai bahan rujukan.

Selepas 1 hari dari hari kenduri itu, saya dapati objek itu masih berada di situ dan saya terus menghubungi En.Shahbudin, pengurus prasarana bagi syarikat penyelenggaraan Warna Generasi. Seperti biasa, jawapan yang diberikan berbaur tidak pasti samada objek itu dibuang oleh pihak BPH atau JKR. Tapi, saya telah meminta En.Shahabudin tolong siasat dan selesaikan perkara itu kerana, bagi saya isu itu akan selesai bila ada pihak yang mengangkat dan membuangkan objek terbuang itu.

Malangnya, sehingga malam tadi, saya dapati objek itu masih terletak pada keadaan asalnya dan saya fikir elok saya ajukan sendiri masalah ini kepada pihak JKR dan BPH. Jadi, setelah catatan ini dikemaskinikan..saya akan terus menghantar email dan pautan blog ini akan disertakan bersama-sama email tersebut.

Sekiranya, masalah ini telah selesai, saya akan maklumkan di sini dan jika sebaliknya berlaku...saya akan terus "forward" perkara ini kepada pihak yang berkenaan sehingga ia diselesaikan..."time stamp" aduan bermula sekarang: 12:24pm, Jumaat, 4/3/2011

Mari kita nantikan apa tindakan susulan yang akan dilakukan oleh mereka, samada Warna Genarasi, JKR atau BPH. Sementara itu, mari kita lihat objek yang saya dan penduduk Blok 6F maksudkan.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemaskini: Sabtu 5/3/2011 3:11am

Berikut adalah "screen shot" email-email yang merujuk kepada respon yang diberikan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
(alamat email dan nama-nama pihak yang terlibat dikaburkan atas tujuan privasi)


Walaupun begitu, sehingga malam tadi, ketika saya sedang berada di lobi Blok 6F, kelihatan "objek" tersebut masih berada di tempat yang sama. Tiada tindakan yang diambil sehingga kini. Saya percaya, keadaan ini pasti akan berlarutan sehingga ke hari Isnin 7/3/2011 kerana berkemungkinan kerja-kerja membersih tidak dapat dijalankan kerana hari cuti Sabtu dan Ahad.

Kami sebenarnya, boleh membuang sendiri "objek" tersebut. Cuma, kami perlu pastikan samada "objek" itu masih bertuan atau tidak. Manalah tahu, "objek" itu masih lagi diperlukan dan menjadi kesalahan pula jika kami membuangnya secara sesuka hati. Cuma, apa yang menyedihkan, cara "objek" itu diletakkan memang menyakitkan mata yang memandang.

P/S: Kami tidak menerima respon kepada email yang kami hantar ke JKR Putrajaya. Setakat ini, cuma pihak BPH sahaja yang menunjukkan minat untuk menyelesaikan masalah ini. Harap Maklum.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemaskini: Sabtu 5/3/2011 10:30pm

Petang tadi, ketika saya turun ke lobi Blok 6F untuk melihat-lihat persediaan kenduri doa selamat Haji Nazri, saya dapati "objek" aneh yang tersandar di tepi pokok itu telah hilang....

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang telah mengambil tindakan untuk membuang "objek itu.

Saya mewakili Persatuan Penduduk Blok 6F ingin mengucapkan terima kasih di atas respond pantas yang ditunjukkan oleh pihak Badan Pengurusan Hartanah BPH dan syarikat penyelenggaraan Warna Generasi dalam menangani isu ini.

Pastinya, tindakan pantas dan bertanggung jawab pihak anda memberikan kesan positif kepada semua penduduk Blok 6F dan penghuni kuarters kerajaan yang lain dalam usaha untuk memelihara kesejahteraan dan kebersihan di kawasan masing-masing.

Keputusan: Kes ditutup/selesai.






----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan
Penduduk Blok 6F, Presint 9,
Putrajaya. Malaysia.

Monday, February 14, 2011

Kita bersaudara

Assalamualaikum,

Semoga semua penduduk blok 6F dan pembaca blog ini sihat hendaknya dan terima kasih kerana anda sudi berada di sini.

Pada kali ini, saya ingin menyentuh mengenai satu isu iaitu mengenai perpaduan dan sikap saling hormat menghormati di blok kita. Saya dapati, kebelakangan ini keadaan di blok kita tidak seperti dahulu....kemesraan dan semangat kerjasama semakin berkurangan. Ini ditambah lagi dengan beberapa isu kecil yang tidak sepatutnya diperbesarkan. Saya melihat keadaan ini sebagai tidak sihat dan boleh menghalang kepada banyak projek dan program yang cuba dianjurkan oleh pihak persatuan penduduk.

Saya nasihatkan agar, mereka yang mempunyai masalah atau mungkin ada berlaku sedikit perselisihan faham..agar cepat-cepat berbaik semula...kita tak mahu perkara ini berlanjutan dan akan menjadikan keadaan semakin sukar untuk ditangani. Jika perlu, anda boleh berjumpa dengan para AJK persatuan penduduk atau saya sendiri untuk cuba mencari jalan penyelesaian. Bagi saya, tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan.

Kehidupan di blok kita nie sebenarnya ibarat satu keluarga yang besar. Mungkin, ketika anda susah atau sakit, jiran-jiran di sini yang akan menjadi orang pertama yang menghulurkan bantuan berbanding saudara mara yang mungkin berada jauh dari anda.

Jadi, saya harap penduduk di blok kita dapat bersatu hati, tidak kira yang muda atau yang "senior". Marilah kita kembalikan zaman kegemilangan blok kita yang terkenal dengan semangat gotong royong dan mesra di kalangan penduduk Putrajaya.

p/s: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau aduan mengenai apa jua masalah di blok(kediaman)kita samada melibatkan BPH(Badan Pengurusan Hartanah), PPJ(Perbadanan Putrajaya) atau Warna Generasi(Kontraktor). Sila reply "post" ini atau anda boleh emailkan cadangan dan aduan tersebut ke alamat email ini ~> blok6f@yahoo.com
Nama dan identiti pengirim email akan dirahsiakan



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi
Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.

Sunday, February 6, 2011

Krisis air di Blok 6F





Ketika saya menulis post ini, sudah lebih 5 jam Blok 6F "putus" air dan perkara ini berlaku pada hari Ahad ketika boleh dikatakan semua isi rumah sedang berada di rumah. Perkara ini telah berlaku seingat saya 2 kali dalam jangkamasa 3 bulan. Saya sudah melaporkan kepada pengurus Warna Generasi En.Shahbudin yang menguruskan prasarana di blok kami. Menurut beliau masalah ini hanya akan dapat diatasi selepas 2 jam dari sekarang.

Sungguhpun begitu, keadaan dah menjadi sedikit kelam kabut di mana ada penduduk yang cuba mencari alternatif air di kawasan "ground floor" dengan cara mengambil air dan mengangkutnya mengunakan lif.Ini menyebabkan kawasan di hadapan lif dan di dalam lif telah digenangi air. Perkara ini boleh membahayakan keselamatan awam dan mungkin juga akan berlaku "shot circuit" di dalam lif.

Di harap keadaan ini dapat dipulihkan segera dan tidak akan berulang lagi di masa depan. Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Warna Generasi dan BPH (Badan Pengurusan Hartanah) perlu mengambil perhatian terhadap isu seperti ini.

Terkini: Jam 6:16pm tadi, En.Shahbudin ada menelefon saya untuk bertanyakan mengenai krisis air di Blok kita dan pada masa itu saya dapati krisis ini telah diselesaikan. Kepada mana-mana penduduk yang masih menghadapi masalah air lagi. Sila berhubung dengan saya segera di talian 012-7744400 (Yuzz).