Assalamualaikum,
Merujuk kepada tajuk post di atas, ingin saya maklumkan kepada semua penduduk Blok 6F bahawa pihak BPH sentiasa menjalankan pemantauan atau naziran di setiap kuarters kerajaan di Putrajaya.
Sehubungan dengan itu, saya telah menerima email dari pihak BPH yang mana mereka dalam proses mengesan pemilik 2 buah motorsikal yang mereka kategorikan sebagai tidak diselanggarakan dengan baik(tersadai).
Motorsikal-motorsikal tersebut didapati berada dalam kawasan parkir di Blok 6F:
a) JBW 2672 . RXZ warna merah . diletak di kawasan parkir motorsikal di hadapan Blok 6F
b) BFC 4218. Scooter merah. diletak di kawasan parkir motorsikal di hadapan Blok 6F
Email dari Pihak BPH:
Jadi, saya meminta agar pemilik motorsikal tersebut dapat berbuat sesuatu bagi mengelakkan pihak BPH menjalankan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang mereka ada.
Diminta jasa baik kawan-kawan yang membaca post ini agar dapat menghebahkan perkara ini kepada pemilik motorsikal tersebut dan memberikan peringatan kepada penduduk Blok 6F yang lain.
Terima kasih.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan
Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.
Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Tuesday, March 8, 2011
Friday, March 4, 2011
Objek tidak menyenangkan di laman Blok 6F
Assalamualaikum,
Saya ingin menarik perhatian pihak berkuasa dan kontraktor Warna Generasi agar dapat mengalihkan "objek" atau bahan buangan yang kelihatan seperti daun pintu yang secara tidak normalnya diletakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan kediaman kami. "objek" daun pintu dan satu longgok karung yang kelihatan seperti guni itu benar-benar merosakkan pemandangan. Ia kelihatan jelas tersandar di pokok dan kawasan itu terletak dekat benar dengan jalan utama yang mengelilingi fasa 5&6 dan kawasan letak motorsikal.
Keadaan itu disedari oleh penduduk bila mana kami menghadiri satu majlis kenduri doa selamat yang diadakan di dewan Blok 6F, ketika sedang menikmati hidangan makanan di kawasan lobby blok, maka kami telah melihat objek yang kelihatan seperti daun pintu itu. Saya dimaklumkan oleh penduduk dan saya sendiri ada mengambil gambar sebagai bahan rujukan.
Selepas 1 hari dari hari kenduri itu, saya dapati objek itu masih berada di situ dan saya terus menghubungi En.Shahbudin, pengurus prasarana bagi syarikat penyelenggaraan Warna Generasi. Seperti biasa, jawapan yang diberikan berbaur tidak pasti samada objek itu dibuang oleh pihak BPH atau JKR. Tapi, saya telah meminta En.Shahabudin tolong siasat dan selesaikan perkara itu kerana, bagi saya isu itu akan selesai bila ada pihak yang mengangkat dan membuangkan objek terbuang itu.
Malangnya, sehingga malam tadi, saya dapati objek itu masih terletak pada keadaan asalnya dan saya fikir elok saya ajukan sendiri masalah ini kepada pihak JKR dan BPH. Jadi, setelah catatan ini dikemaskinikan..saya akan terus menghantar email dan pautan blog ini akan disertakan bersama-sama email tersebut.
Sekiranya, masalah ini telah selesai, saya akan maklumkan di sini dan jika sebaliknya berlaku...saya akan terus "forward" perkara ini kepada pihak yang berkenaan sehingga ia diselesaikan..."time stamp" aduan bermula sekarang: 12:24pm, Jumaat, 4/3/2011
Mari kita nantikan apa tindakan susulan yang akan dilakukan oleh mereka, samada Warna Genarasi, JKR atau BPH. Sementara itu, mari kita lihat objek yang saya dan penduduk Blok 6F maksudkan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemaskini: Sabtu 5/3/2011 3:11am
Berikut adalah "screen shot" email-email yang merujuk kepada respon yang diberikan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
(alamat email dan nama-nama pihak yang terlibat dikaburkan atas tujuan privasi)
Walaupun begitu, sehingga malam tadi, ketika saya sedang berada di lobi Blok 6F, kelihatan "objek" tersebut masih berada di tempat yang sama. Tiada tindakan yang diambil sehingga kini. Saya percaya, keadaan ini pasti akan berlarutan sehingga ke hari Isnin 7/3/2011 kerana berkemungkinan kerja-kerja membersih tidak dapat dijalankan kerana hari cuti Sabtu dan Ahad.
Kami sebenarnya, boleh membuang sendiri "objek" tersebut. Cuma, kami perlu pastikan samada "objek" itu masih bertuan atau tidak. Manalah tahu, "objek" itu masih lagi diperlukan dan menjadi kesalahan pula jika kami membuangnya secara sesuka hati. Cuma, apa yang menyedihkan, cara "objek" itu diletakkan memang menyakitkan mata yang memandang.
P/S: Kami tidak menerima respon kepada email yang kami hantar ke JKR Putrajaya. Setakat ini, cuma pihak BPH sahaja yang menunjukkan minat untuk menyelesaikan masalah ini. Harap Maklum.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemaskini: Sabtu 5/3/2011 10:30pm
Petang tadi, ketika saya turun ke lobi Blok 6F untuk melihat-lihat persediaan kenduri doa selamat Haji Nazri, saya dapati "objek" aneh yang tersandar di tepi pokok itu telah hilang....
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang telah mengambil tindakan untuk membuang "objek itu.
Saya mewakili Persatuan Penduduk Blok 6F ingin mengucapkan terima kasih di atas respond pantas yang ditunjukkan oleh pihak Badan Pengurusan Hartanah BPH dan syarikat penyelenggaraan Warna Generasi dalam menangani isu ini.
Pastinya, tindakan pantas dan bertanggung jawab pihak anda memberikan kesan positif kepada semua penduduk Blok 6F dan penghuni kuarters kerajaan yang lain dalam usaha untuk memelihara kesejahteraan dan kebersihan di kawasan masing-masing.
Keputusan: Kes ditutup/selesai.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan
Penduduk Blok 6F, Presint 9,
Putrajaya. Malaysia.
Thursday, March 3, 2011
Majlis kenduri dan tahlil - Haji Nazri
Assalamualaikum,
Semoga anda yang berkunjung ke blog nie semua dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Di sini, saya ingin menyampaikan hajat Tn.Haji Nazri Mohamad atau lebih mesra di kalangan kita dgn nama panggilan Abg. Nazri...Oklah, Hj Nazri nie nak buat kenduri doa selamat dan tahlil di blok kita pada Sabtu nie..dengar ceritanya lepas buat kenduri nie dia dan anak2nya akan pergi mengerjakan umrah..Jadi, kepada semua penduduk Blok 6F, marilah kita beramai-ramai turun ke majlis kenduri nie dan jika betul Abg. Nazri nak buat Umrah..marilah kita doakan keselamatan dan kesejahteraan keluarganya.
Oklah, kat bawah nie ada detail mengenai majlis kenduri tersebut. Sila-silakanlah melihatnya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi
Persatuan Penduduk Blok 6F,

Friday, February 25, 2011
Mesyuarat bersama JKR Putrajaya dan Warna Generasi
Assalamualaikum,
Saya telah dijemput ke satu mesyuarat yang dihadiri oleh pengerusi blok fasa 5&6, JKR Putrajaya dan kontraktor-Warna Generasi. Di sini, saya ingin maklumkan satu berita baik kepada semua penduduk Blok 6F di mana, JKR Putrajaya telah menyediakan satu portal khas e-aduan yang boleh digunakan oleh semua penduduk bagi melaporkan sebarang kerosakan di dalam kediaman anda. Portal ini akan dihubungkan terus kepada JKR Putrajaya dan kontraktor Warna Generasi. Menurut pihak JKR Putrajaya, tahap respon e-aduan ini adalah lebih cepat berbanding dengan kaedah lama(manual/borang).
Apabila sesuatu aduan dibuat, kita akan diberikan satu "nombor tiket" yang menunjukkan bahawa aduan sudah dihantar dan aduan tersebut akan terus ke kotak email/makluman pihak JKR Putrajaya dan kontraktor. Selagi aduan ini tidak dilayan atau diambil tindakan, satu "alert signal" akan sentiasa terpapar di kotak email/makluman tersebut. Signal itu akan hilang setelah pihak kontraktor mengambil tindakan terhadap aduan itu. Nombor tiket yang di-genarate secara automatik itu perlu disimpan bagi tindakan susulan atau sebagai nombor rujukan.
Pada pendapat saya, pendekatan ini sangat baik, cuma sistem ini hanya akan berkesan jika para penduduk Blok 6F mempunyai talian internet di rumah. Walaubagaimanapun, bagi para penduduk yang sudah mempunyai sambungan internet, adalah digalakkan untuk mencuba keberkesanan sistem ini. Portal e-aduan tersebut boleh diakses melalui URL ini http://www.putrajayakuarters.com/
Di sini, saya ada sediakan beberapa "screen shot" laman e-aduan tersebut. Jika tuan dan puan ada mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan saya melalui email blok6f@yahoo.com atau boleh terus merujuk kepada saya secara offline.
Terima kasih,

Wednesday, February 23, 2011
Pertandingan Mencipta Logo Local Agenda (LA21) Putrajaya- Hadiah wang tunai hampir RM10,000.00 disediakan
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Putrajaya(PPj) akan menganjurkan Program Local Agenda 21 (LA21) di Putrajaya. Program ini memberikan tumpuan kepada kerjasama ataupun rakan kongsi antara PBT, masyarakat dan sektor swasta ke arah pembangunan mampan, di mana jika dilaksanakan bersungguh-sungguh mampu mewujudkan persekitaran yang selesa, selamat dan harmoni serta melahirkan sebuah masyarakat yang sihat dan peka kepada isu-isu alam sekitar,sosial dan ekonomi.
Bagi mempromosikan Program LA21 ini, PPj telah bercadang untuk mengadakan Pertandingan Mencipta Logo LA21 Putrajaya. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga penduduk yang bermastautin di Putrajaya terutama komuniti, pelajar yang bersekolah di Putrajaya dan kakitangan yang bekerja di Putrajaya. Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada 14 Mac 2011.
Borang pertandingan boleh diperolehi dari Pemangku Pengerusi Blok 6F atau melalui laman sesawang http://www.ppj.gov.my/. Segala maklumat dan syarat pertandingan boleh didapati pada borang tersebut.
Hadiah: Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja bagi setiap kategori. Peserta yang terpilih sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai seperti berikut:
- Pemenang tempat pertama: Bakal menerima RM3,000.00 dan sijil penghargaan.
- Pemenang tempat kedua: Bakal menerima RM2,000.00 dan sijil penghargaan.
- Pemenang tempat ketiga: Bakal menerima RM1,000.00 dan sijil penghargaan.
- Tiga(3) pemenang hadiah saguhati: Bakal menerima RM250.00 dan sijil penghargaan.
Segala pertanyaan, sila ajukan melalui email blok6f@yahoo.com atau anda boleh "reply post" ini. Anda juga boleh hubungi saya melalui nombor telefon seperti yang tertera di atas.
Terima kasih.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi
Persatuan Penduduk
Blok 6F, Presint 9,
Putrajaya. Malaysia.
Sunday, February 6, 2011
Acara sukan dan Pesta Rakyat sempena memeriahkan sambutan Hari Wilayah Peringkat Putrajaya 2011
Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Peringkat Putrajaya 2011, pelbagai aktiviti sukan dan pesta yang melibatkan orang ramai akan diadakan. Berikut adalah acara-acara yang akan berlangsung pada sambutan kali ini.
Oleh kerana dijangkakan banyak penyertaan dari para penduduk Putrajaya dan luar Putrajaya(acara terbuka) digalakkan agar anda menghantarkan borang penyertaan selewat-lewatnya sebelum jam 12:00 t/hari pada tarikh tamat penyertaan bagi setiap acara yang ingin disertai.
Sebarang maklumat tambahan, sila hubungi 03-8887-7092/7547/7439/ 03-88877000 sam. 8028 Faks: 03-88875022 atau layari http://www.ppj.gov.my/
Sekian, terima kasih.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi
Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.
- Pesta Sukan Rakyat- Batu Seremban(terbuka), Congkak(terbuka), Dam Aji(terbuka) dan Karom(terbuka). Setiap peserta hanya dibenarkan meyertai 2 acara sahaja. Tarikh tutup menghantar borang ialah pada 10 Feb.2011
- Pesta Air Putrajaya- Perlumbaan Perahu Panjang 10 pendayung. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Feb.2011.
- Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Putrajaya- Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Feb.2011.
- Kejohahanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Putrajaya-Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Feb.2011.
- Kejohanan Futsal Terbuka Putrajaya Sempena Karnival Wow! Putrajaya 2011-Tarikh tutup penyertaan ialah pada 10 Feb.2011.
- Pertandingan Bola Jaring Terbuka Putrajaya 2011-Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Feb.2011.
- Pertandingan Bola Tampar Terbuka Putrajaya 2011- Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Feb.2011.
Oleh kerana dijangkakan banyak penyertaan dari para penduduk Putrajaya dan luar Putrajaya(acara terbuka) digalakkan agar anda menghantarkan borang penyertaan selewat-lewatnya sebelum jam 12:00 t/hari pada tarikh tamat penyertaan bagi setiap acara yang ingin disertai.
Sebarang maklumat tambahan, sila hubungi 03-8887-7092/7547/7439/ 03-88877000 sam. 8028 Faks: 03-88875022 atau layari http://www.ppj.gov.my/
Sekian, terima kasih.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi
Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.
Tuesday, February 1, 2011
Selamat Menyambut Hari Wilayah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah kepada semua penduduk Blok 6F khasnya dan kepada sesiapa jua yang membaca artikel ini samada dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan.
Saya berasa amat bertuah kerana saya telah memilih untuk melancarkan blog khas untuk Persatuan Penduduk Blok 6F pada tarikh kita semua menyambut Hari Wilayah. Ianya sangat bermakna buat kita semua kerana kita akan tahu bahawa pada setiap 1hb Februari setiap tahun, kita akan menyambut Hari Wilayah beserta hari pelancaran blog kita.
Diharap blog ini dapat merapatkan hubungan di antara kita di samping menyahut seruan kerajaan supaya kita semua peka dengan kemajuan teknologi dan internet. Marilah kita mengoptimakan kemudahan ini dengan sebaiknya dan dengan cara yang betul.
Ya, kita masih muda lagi dan saya pasti, perubahan yang beransur tapi konsisten akan dijalankan bagi menambah baik isi kandungan dan paparan blog kita. Justeru itu, saya sangat berharap agar adanya komunikasi 2 hala di antara blogger dan penduduk setempat agar sesuatu berita dan maklumat dapat disampaikan secara berkesan dan pantas.
Saya juga mengambil kesempatan ini dan berterima kasih kepada anda semua jika mempunyai sebarang komen atau cadangan untuk mempertingkan isi kandungan dan "interface" blog ini. Anda semua boleh "reply" secara langsung di sini atau kirimkan email ke blok6f@yahoo.com
Sekian buat masa ini dan semoga berjumpa lagi di lain artikel.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi
Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya. Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)